Monday, 23 January 2012

                                                    SINOPSIS        


Selepas bencana Tsunami menimpa manusia, makhluk-mahluk jahat yang dipanggil pelesit telah muncul dari kegelapan. Pelesit-pelesit ini membunuh manusia untuk menunjukkan siapa yang layak menguasai bumi. Sekumpulan manusia yang mampu membunuh pelesit telah tampil dan bergabung untuk menentang makhluk tersebut. Perjuangan mereka kemudiannya diteruskan dengan penubuhan sebuah unit askar melawan pelesit. Mereka yang mampu membunuh pelesit ini digelar ahli sihir.
Kijiya, seorang budak nakal yang juga merupakan seorang pelajar di Sekolah 0109 (Sek-0109) bersama-sama Laryu, Franjlin Ujin, dan Orka. Sek-0109 diajar oleh Master Kutaa, seorang ahli sihir matang. Semasa menjalankan misi di SN8, mereka bertemu dengan pelajar Sekolah 2071 (Sek-0109) yang lebih moden serta popular berbanding mereka. Sek-2071 menggunakan teknologi moden untuk berurusan dengan hal-hal pelesit, sementara Sek-0109 lebih kepada penggunaan kuasa luar biasa manusia. Ketika melakukan misi tersebut, mereka terserempak dengan seekor pelesit matang tahap 3 dan terpaksa berlawan dengan pelesit tersebut walaupun mereka masih bergelar pelajar. Kerana pelesit tersebut lebih kuat daripada mereka, Laryu, Ujin dan Okra tewas lantas tidak sedarkan diri. Maka tinggallah Kijiya berseorangan menentang pelesit tersebut. Dia yang merupakan seorang manusia separuh pelesit terpaksa menggunakan kuasa pelesitnya dengan memakan sebiji epal jampi yang diberikan oleh Master Kutaa sebelum mereka pergi menjalankan misi. Dengan kuasa pelesit itu, Kijiya berjaya menumpaskan pelesit tahap 3 tersebut dan mendapat ron tahap 3 daripadanya. Tapi, ketika itu, pelajar Sek-2071 muncul dan Kijiya pun berpura-pura tidak sedarkan diri kerana takut rahsianya terbongkar. Ron tahap 3 tadi telah dicuri oleh pelajar Sek-2071 dari tangan Kijiya yang berpura-pura tidak sedarkan diri. Dengan itu, Sek-0109 terpaksa pulang dengan tangan kosong.
Setelah menghadapi pelbagai cabaran, pelajar Sek-0109 telah pergi ke East Park 23 untuk menjalani ujian menjadi ahli sihir tahap 1. Mereka telah berjaya lulus dalam ujian tersebut dan kini mereka telah mula menjalankan misi sebagai ahli sihir tahap 1.
KIJIYA

Watak utama dalam siri ini. Dia adalah seorang remaja yang nakal tetapi baik hati. Kijiya ialah seorang ahli sihir dan mempunyai senjata "Dragon Head" yang berupa tongkat kayu yang mana kepala tongkatnya pernah dijadikan topeng oleh Kijiya. Kijiya juga memiliki kuasa pelesit oleh kerana beliau merupakan kacukan manusia dan pelesit. Ayah kepada Kijiya ialah Sharan yang merupakan seekor pelesit yang berkawan dengan Nisa. Kuasa ini dia sembunyikan daripada rakan-rakannya kerana ditegah oleh Master Kutaa.

LARYU

Ketua pasukan ahli sihir bagi Sekolah Ahli Sihir 0109. Dia seorang yang sering senyum dan mempunyai sifat kepimpinan. Laryulah yang bertanggungjawab terhadap makanan ahli-ahli sihir Sekolah 0109. Senjata Laryu berupa gasing kayu. Laryu adalah seorang anak yatim tanpa bapa. Ibunya pula sedang sakit. Laryu yang sibuk dengan kehidupan sebagai ahli sihir bagaimanapun tidak mengabaikan ibunya yang sakit itu. Dia menjadi ahli sihir untuk menyembuhkan ibunya yang separuh daripada rohnya telah dimakan oleh pelesit. Dia menjumpai Sekolah Ahli Sihir 0109 dalam usahanya mencari ahli sihir yang mampu mengubati ibunya.

Sunday, 22 January 2012

OKRA
Teman sepasukan Kijiya yang rapat dengannya. Okra seorang yang kuat makan, disebabkan itu dia berbadan besar, dia juga merupakan ahli yang paling tinggi dalam pasukan ahli sihir Sekolah 0109. Senjata Okra ialah sepasang sudu dan garpu besar yang diperbuat daripada kayu yang diberi nama "Gaint garpu dan pisau". Okra juga mempunyai kuasa kikai Smash bomb. Dia berasal dari Kampung Hutanah dan merupakan anak kedua daripada dua adik beradik. Ibu bapanya mati ketika kampungnya diserang oleh pelesit. Abangnya pula mati selepas tiba di Sekolah 0109 kerana terlalu lemah. Okra menjadi seorang yang kuat makan kerana kata abangnya, "Kalau kau tidak makan, macam mana kita mahu balas dendam?

FRANJLIN UJIN

Satu-satunya ahli perempuan dalam pasukan Kijiya. Dia seorang budak perempuan yang serius dalam pertarungan dan juga latihan, berbeza dengan Kijiya. Ujin sering bertikam lidah dengan Kijiya biarpun di dalam pertarungan. Ujin adalah anak perempuan pengarah Syarikat PTT Sdn. Bhd. yakni Franjlin Anes dan ayahnya merupakan seorang ahli sihir. Dia telah melarikan diri dari rumah semata-mata untuk mencari ayahnya. Dalam pencarian itu, dia telah bertemu dengan Master Kutaa dan pelajar sekolah 0109 dan kemudian telah belajar untuk menjadi seorang ahli sihir. Senjata ahli sihir bagi Ujin ialah dua patah pistol kayu.

MASTER KUUTA
MASTER KUUTA REAL POWER

Cikgu kepada sekolah ahli sihir Kijiya iaitu Sekolah Ahli Sihir 0109. Kijiya dan rakan-rakannya memanggilnya sebagai Cikgu Kutaa tetapi cikgu-cikgu ahli sihir lain memanggilnya Master Kutaa kerana dia dikatakan seorang ahli sihir lagenda. Menurut Kijiya, Cikgu Kutaa merupakan seorang yang pemalas. Dia diberi tanggungjawab oleh ibu Kijiya untuk menjaga Kijiya. Senjata utamanya ialah Metal Defender-37

KIJIYA JILID 7


Perjalanan menjejaki Grave Conmos menemukan Mr. Nisa dengan Reda - gadis misteri yang tinggal sendirian di tengah rimba belantara. Mungkinkah Reda menyimpan rahsia Grave Conmos? Dapatkah Mr. Nisa merampas kuasa raja pelesit demi mengubah Kijiya menjadi pelesit mutlak?

KIJIYA JILID 6


Pertarungan hebat bermula! Mampukah pelajar Sekolah 0109 menghadapi pelesit terkuat - Wild Dog? Di saat bagaikan kemenangan itu sesuatu yang mustahil... muncul seorang wira baru menyelamatkan keadaan.

Pada waktu yang sama, Okra telah menemukan kuasa yang selama ini terpendam jauh di dalam tubuhnya...

Tapi, apa dah terjadi dengan Julia Eros?

KIJIYA JILID 5

Misi pertama pelajar Sekolah 0109! Mereka diarahkan mengiringi Julia Enos, seorang ahli sihir yang cantik untuk membawa sesuatu yang sangat bernilai pada umat manusia. Barang tersebut dinamakan EH dan berfungsi sebagai 'ubat' kepada bumi. Namun begitu, ada kuasa jahat yang bersembunyi dan cuba merenggut barang tersebut. Akhirnya Okra yang pendiam membuka kisah sedih tentang dirinya dan kampung kelahirannya, Kampung Hutanah. Kijiya pula semakin diselubungi bayangan raksasa cakar tiga yang semakin hari semakin menampakkan rupanya. Inilah kisah pelajar Sekolah 0109 yang berhati waja demi mencapai tujuan - menjadi ahli sihir!       

KIJIYA QUATRE


SEDIH! Ron yang dikumpul hilang ketika bertarung dengan raksasa. Visi untuk melepas ujian level 1 sekali gus bergelar Ahli Sihir nampaknya bakal berkubur! 'Kesudian' James menceritakan apa sebenarnya yang berlaku semuanya angkara Sekolah 2071 yang cuba mendajal musuh ketat diorang, Sekolah 0109. Berjayakah Sekolah 0109 melepasi ujian kelayakan? Adakah hujahan James boleh diterima pakai? Ikuti susur galur kehidupan pelajar Sekolah 0109 yang tidak pernah patah semangat untuk mengejar segala impian terbuku di hati!

KIJIYA TROIS

Ujian level 1 begitu mencabar bagi pelajar ahli sihir Sekolah 0109 & 2071! Bergelumang dengan ujian fizikal; bertarung dengan Cikgu Desea begitu mencabar ketangkasan. Ditambah pula cabaran bertarung dengan pelesit sebenar. Mampukah diorang melepasi ujian tersebut?

KIJIYA DEUX
Masing-masing hendak buktikan kehebatan skil yang ada pada diri. Tidak kiralah pelajar ahli sihir Sekolah 0109 mahupun 2071! Apatah lagi dikehendaki menjalani ujian level 1 di EP-23. Tampak berani tapi sebenarnya masing-masing cuak dengan ujian yang bakal dihadapi. Ujian empat hari ini bakal mencetuskan cerita tersendiri!

KIJIYA

Bencana alam yang melanda bumi telah mengundang kemunculan pelesit untuk mengganggu gugat ketenteraman sekalian umat manusia. Manusia yang mempunyai kuasa sihir dan keupayaan istimewa bergabung dan membentuk satu kuasa untuk memusnahkan musuh yang bangkit dari dunia gelap. Kijiya dan rakan-rakannya adalah pelajar ahli sihir dari Sekolah 0109 dan mereka merupakan tunjang harapan masa depan untuk melawan segala anasir jahat dari pelesit.